Mengapa ‘5 C’ ?

Setiap individu pasti ada keinginan dan kemahuan masing-masing. Lain orang, lain caranya.

Pepatah ada mengatakan, ukur baju di badan sendiri.

Tidak salah seseorang memasang niat untuk mendapatkan sesuatu bagi memenuhi keperluan hidup. Namun, betulkah tindakan dan pilihan yang kita buat ?

Adakah ia mempengaruhi kewangan kita ?

Bagaimana pula ingin memastikan setiap tindakan itu betul ? Pastinya semua ingin memenuhinya tetapi sesuai dengan kewangan masing-masing.

Ikuti ‘5 C’ ini pasti kita semua memperoleh penyelesaian.

CHARACTER (KARAKTER)

Bagaimana karakter anda dalam mengendalikan kewangan peribadi ?

Karakter memainkan peranan penting dalam carta alir kewangan seperti membayar bil-bil (telefon, elektrik, dll), pinjaman, belanja keperluan dan sebagainya. Jika bil-bil tersebut selalu tertunggak, bagaimana anda ingin mengendalikan kewangan yang lain ?

Karakter adalah cerminan diri kita. Macam mana kita uruskan kewangan, begitulah realiti diri kita sendiri. Disiplin adalah kunci utama. Disiplin kepada diri sendiri, kewangan dan tanggungan barulah tidak akan berdepan masalah berkaitan kewangan seperti duit tidak cukup hujung bulan dan sebagainya.

 

CAPACITY (KEMAMPUAN)

Bolehkah anda membayar balik hutang ?

Hutang adalah bebanan dan tanggungjawab kepada kita. Sebelum berhutang, kita bebas daripada tanggungjawab itu. Tetapi apabila berhutang, maksudnya kita telah bersedia untuk memikul tanggungjawab melangsaikannya seperti bayaran bulanan. Bersediakah kita ?

Hutang terjadi apabila kita meminjam daripada individu lain atau institusi yang berkaitan seperti bank-nak, amanah ikhtiar malaysia dan lain-lain.

Pastikan ada telah kenalpasti kemampuan diri sendiri terlebih dahulu sebelum berhutang kerana tanggungjawab yang dipikul akan menjejaskan keangan peribadi anda. Komitmen yang anda harus berikan setelah terlibat dengan adalah penting bagi memastikan kelancaran urusan anda. Dan perlu diingat, tidak menjelaskan hutang akan menjejaskan status anda pada masa hadapan.

CAPITAL (MODAL)

Berapakah aset dan simpanan anda ?

Aset adalah benda atau sesuatu yang kita miliki. Kewangan yang baik adalah banyak aset yang dimiliki seperti rumah, tanah, perhiasan dan sebagainya. Jika seseorang mempunyai aset namun mempunyai hutang melebihi aset, itu bermasalah. Apabila hutang melebihi aset, anda dalam bahaya kerana tidak ada simpanan.

Simpanan penting kepada seseorang dalam kehidupan seharian. Kita tidak tahu bila kita memerlukannya kerana malang tidak berbau. Pastikan anda menyediakan simpanan pada setiap masa dan kurangkan hutang.

 

COLLATERAL (CAGARAN)

Apakah harta yang anda ada untuk pemiutang (pemberi hutang) tebus sekiranya anda gagal membayar balik hutang ?

Cagaran bertujuan sebagai persediaan yang anda boleh berikan kepada pemiutang (pemberi hutang) seandainya anda gagal melunaskan hutang. Seseorang hendaklah bersedia dari segala kemungkinan yang ada apabila berhutang. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Disebabkan ini seseorang perlu bersedia dari semua sudut apabila terjebak dengan hutang.

Adakala hutang memberi kesan positif kepada kita namun ianya banyak memberi impak negative jika difikirkan semula. Ianya pilihan diri masing-masing. Selagi bijak menguruskan kewangan, berhutang tidak akan menjejaskan kewangan anda.

 

CONDITIONS (KEADAAN)

Sudahkah anda bersedia dengan keadaan ekonomi yang dapat menjejaskan keupayaan anda untuk membayar balik hutang ?

Tidak dinafikan ekonomi ada pasang surutnya, tidak selalu stabil dan cerah. Bersediakah kita sekiranya berlaku inflasi ? Apa tindakan dari kita sendiri ?

Perkara seperti ini yang kita semua perlu ambil serius. Inflasi menyebabkan ekonomi jatuh kerana tingginya permintaan, kurangnya pengeluaran. Keadaan seperti ini yang menjadikan barang dan perkhidmatan naik mendadak.

Bagaimana persediaan anda menghadapi situasi sebegini ? Sudahkah kita bersedia ?

Kewangan akan sentiasa positif jika kita sendiri menguruskannya dengan baik dan cermat. Bezakan antara keperluan dan kemahuan. Jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran dan penghadang untuk terus berjaya mentadbir kewangan peribadi masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published.