3 Sebab Individu Gagal Merancang Persaraan

Setiap individu bekerja pasti akan bersara.

Seperti kita tahu, usia tidak menjanjikan kita selamanya kekal muda.

Namun, sudahkah anda melakukan persediaan secukupnya bagi menghadapi persaraan?

Ramai yang kita dengar terbeban selepas bersara kerana tidak bersedia.

Adakah ia salah majikan?

Tidak sama sekali. Kita yang patut dipersalahkan kerana semua bermula dari diri kita sendiri. Antara sebab kenapa gagal merancang kehidupan selepas persaraan ialah :

1) Terlalu lambat untuk memulakannya

  • Untuk situasi ini tidak sesuai menggunakan biar lambat asal selamat. Kita lambat, kita yang rugi kerana hari tua tidak menunggu kita. Bersara penting untuk semua kerana waktu itulah kita berehat setelah puluhan tahun berkhidmat di dalam apa jua bidang yang diceburi samada tenaga pengajar, badan keselamatan, perniagaan dan sebagainya.
  • Waktu paling sesuai untuk merancang kehidupan selepas bersara adalah seawal mula bekerja. Sebab itu kita ada KWSP, Skim Persaraan dan lain-lain. Institusi tersebut telah memainkan peranan dalam membantu kita demi masa depan yang cerah. Namun bagi yang bekerja sendiri, anda boleh membuat simpanan peribadi.

2) Terlalu sedikit menyimpan

  • Sesetengah individu mula meyimpan untuk hari tua tetapi tidak cukup. Kita tidak tahu sampai bila kita hidup di dunia ini kerana maut tidak mengenal usia. Mungkin 50 tahun atau mungkin dipanjangkan umur mencecah 100 tahun. Dengan bekalan simpanan yang sedikit tidak mampu menjamin kehidupan selepas bersara.
  • Jadi jangan hanya berharap pada simpanan wajib sahaja. Disiplinkan diri untuk menyimpan secara peribadi di mana-mana institusi simpanan yang ada.

3) Terlalu banyak hutang

  • Hutang jangan sesekali ditambah sebaliknya selesaikan satu persatu. Hutang akan menambahkan lagi beban anda. Biar hidup sederhana tanpa hutang dibandingkan hidup mewah tetapi hutang keliling pinggang. Jangan terlalu taksub dengan kemewahan sehingga mengabaikan kepentingan yang sepatutnya diutamakan seperti persediaan selepas bersara.

Lakukan tindakan yang bijak dalam merancang kehidupan selepas bersara kerana anda yang menentukan bagaimana anda pada hari tua. Orang gagal adalah orang yang gagal merancang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.