Pentingnya Zakat Kepada Individu

Gambar Hiasan

Zakat bukanlah perkara baru pada kita semua khususnya bagi yang beragama Islam kerana jika kita bukan tergolong dalam pemberi zakat, kita mungkin penerima zakat. Atau juga bukan kedua-duanya.

Tidak kira kita dalam golongan apa, sebagai Muslim sememangnya pasti maklum tentang zakat. Kenapa pentingnya zakat sehingga tersenarai di dalam Rukun Islam? Dan tercatat sebanyak 58 kali di dalam Al-Quran. Sebenarnya apa kelebihan zakat kepada kita semua.

– Sebagai platform penyucian harta dan aset manusia

  • Selari dengan maksudnya iaitu bersih, zakat membantu kita membersihkan harta-harta yang selama ini kita cari dan usaha untuk keperluan dan keselesaan hidup. Zakat merupakan salah satu inisiatif bagi penyucian harta umat islam di samping bukti kita bersyukur dengan rezeki yang Allah swt telah berikan.
  • “Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah iaitu zakat supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan (mereka dari akhlak yang buruk). – Surah Al-Taubah ayat 103.

-Harta diagihkan pada tempat yang benar

  • Pusat-pusat zakat berperanan bagi pengagihan zakat kepada golongan yang layak menerimanya. Jadi harta kita jelas berada di tempat yang betul dan selamat kerana diuruskan oleh pihak berautoriti bagi menjalankan amanah yang dipikul.

– Membentuk masyarakat adil dan penyayang

  • Akan dapat melahirkan sifat penyayang dengan membantu golongan yang kurang bernasib baik kerana lumrah kehidupan tidak selalunya indah. Ada golongan yang memerlukan bantuan jadi melalui zakat mereka dapat dibantu dan dibela. Islam itu indah kerana mengajar umatnya hidup bermasyarakat kerana saling bantu-membantu antara satu sama lain.

-Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan

  • Individu yang mengeluarkan zakat akan melakukan tanggungjawab ini dengan ikhlas dan dapat meningkatkan lagi keimanan serta ketaqwaan kepada Allah swt dan menjadi saham di Akhirat.

-Melahirkan negara dan umat Islam kaya dan harmoni

  • Zakat yang dikeluarkan dapat membantu dari segi ekonomi negara Islam terutamanya kerana digunakan untuk membantu pembangunan negara dari segi kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan.

Tunjukkan tanda kesyukuran kita sebagai umat Islam dengan menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diperintahkan. Sentiasa hampiri Allah swt dengan berbuat kebaikan yang pulangannya berkekalan sampai bila-bila.

Leave a Reply

Your email address will not be published.