
Berapa jumlah wang yang diperlukan sebagai persediaan persaraan?
Kenapa perlu bersedia untuk persaraan? Penting ke? Apa keperluannya untuk kita?
Soalan-soalan seperti ini sememangnya membelenggu setiap individu kerana melibatkan wang ringgit. Masyarakat sekarang sangat sensitif bab kewangan kerana mempunyai tanggungjawab tersendiri.
Sedarkah kita bahawa kehidupan persaraan juga sangat penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Ikuti langkah-langkah di bawah.
Langkah 1 – Membuat anggaran perbelanjaan sepanjang persaraan
- Anggaran perbelanjaan penting bagi memudahkan individu untuk menyimpan. Setidaknya apabila tahu anggaran yang diperlukan, individu lebih bersungguh untuk berusaha mencapai target. Sekurang-kurangnya memenuhi perbelanjaan seharian seperti keperluan asas untuk kelangsungan hidup iaitu makanan (beras), tempat tinggal (sewa atau tanah) dan pengangkutan (minyak dan servis).
Langkah 2 – Membuat anggaran pendapatan semasa persaraan
- Bersedia dengan pendapatan selepas bersara dengan kira-kira jumlah yang bakal anda dapat kerana tidak lagi sama dengan pendapatan semasa bekerja. Seperti pekerja kerajaan, akan memperoleh separuh daripada jumlah pendapatan semasa berkhidmat contohnya RM3000, jadi selepas bersara anda akan memperoleh RM1500.
Langkah 3 – Membuat anggaran faktor inflasi
- Inflasi adalah ketidakstabilan ekonomi dalam negara. Berkemungkinan turun naik harga akan berlaku di dalam pasaran barang dan perkhidmatan. Anda seharusnya telah bersedia untuk menghadapi situasi inflasi seandainya berlaku pada tempoh persaraan kerana memerlukan jumlah simpanan yang lebih tinggi berbanding keadaan ekonomi biasa.
Langkah 4 – Membuat anggaran dana untuk kesihatan
- Persaraan adalah waktu dimana kita telah dimamah usia. Persediaan kesihatan harus menjadi keutamaan kerana tidak melibatkan jumlah wang yang sedikit. Mana-mana penyakit akan melibatkan urusan hospital dan memerlukan dana khusus lebih-lebih jika melibatkan pembedahan.
- Anda boleh merancang anggaran perbelanjaan kesihatan dengan memiliki medical card iaitu mencarum dalam takaful. Takaful bukan sahaja melindungi anda sepanjang hayat malahan keluarga tersayang.
Hari tua kita berada di tangan masing-masing. Kita yang menentukannya. Terima dan lakukan langkah-langkah ini nescaya kehidupan persaraan kita semua lebih terjamin. Usaha tangga kejayaan.