Apabila individu meninggal dunia, semua harta yang ditinggalkan akan diagihkan kepada ahli waris melalui proses pentadbiran. Harta boleh diuruskan dengan beberapa kaedah seperti faraidh, wasiat dan hibah. Namun dalam pentadbirannya pasti ada cabaran masing-masing.
1 ) Sikap penerima manfaat (ahli waris)
Ahli waris juga memainkan peranan dalam pentadbiran harta pusaka walau hanya menerima harta tersebut setelah berlaku kematian ahli keluarga. Sikap mereka yang menerima manfaat terkesan apabila menunjukkan tidak prihatin terhadap pengurusan. Yang mereka ingin tahu hanyalah bila harta tersebut diterima dan boleh dimanfaatkan.
Semua pihak mestilah maklum bahawa pentadbiran harta pusaka bukanlah hanya seminggu dua, ia memerlukan tempoh masa yang panjang kerana melibatkan harta yang telah dibekukan apabila seseorang individu meninggal dunia. Pengurusannya melibatkan semua perkara dan ia tidak boleh diambil mudah oleh pihak pengurusan kerana ianya berkait hak-hak setiap penerima manfaat.
Ada juga yang berpendapat tentang pembahagian harta yang boleh berlaku salah faham seperti tidak menghormati si mati. Ini kerana jika mempercepatkan proses pembahagian harta.
2 ) Kurang ilmu tentang konsep pewarisan harta
Masyarakat yang sebegini yang menyukarkan pengurusan harta pusaka. Ilmu tentang harta pusaka adalah keperluan untuk dipelajari kerana melibatkan setiap individu. Semua orang mempunyai ahli waris samada pertalian dekat atau jauh. Apabila tidak tahu, masyarakat akan menyempitkan undang-undang pembahagian dan proses tidak dapat dilaksana dengan baik.
3 ) Sistem mahkamah
Di Malaysia, kita ada dua sistem perundangan pengadilan iaitu Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Tidak mudah menggunakan dua pengadilan walaupun berteraskan asas yang berbeza.
Mahkamah Sivil memerintah bahagian perlembagaan yang lebih besar dan majoriti rakyat Malaysia patuh kepada bidang kuasa tersebut. Manakala Mahkamah Syariah bertanggunjawab mentadbir undang-undang Islam kepada masyarakat Islam.
Perlembagaan Persekutuan tidak boleh menentukan kewibawaan Mahkamah Syariah kerana Mahkamah Syariah juga mempunyai hak bagi mengeluarkan penghakiman. Kerana itu individu mestilah menjalankan proses harta pusaka melalui kedua-dua mahkamah ini.
4 ) Tiada keseragaman dalam perundangan Islam
Undang-Undang Islam adalah undang-undang negara kita. Disebabkan itu, undang-undang setiap negeri adalah berbeza-beza. Jadi, ianya sedikit sebanyak mengakibatkan kesukaran dalam pentadbiran harta pusaka. Contohnya individu yang berada di luar negara ingin mendapatkan hak di dalam pewarisan harta. Ianya menyukarkan proses pentadbiran kerana melibatkan undang-undang dua tempat yang berbeza iaitu dimana harta berada dan tempat tinggalnya sekarang. Jadi, keseragaman perundangan Islam itu harus dipertimbangkan bagi kemudahan kita bersama.
Pentadbiran harta pusaka penting bagi memastikan harta pusaka si mati dapat dimanfaatkan oleh ahli waris dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Ianya harus diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan perselisihan atau masalah berbangkit serta mengelakkan berlakunya permasalahan atau kekeliruan dalam kalangan ahli waris.
