Kelemahan Kredit Jika Dibiarkan

Siapa tidak mengenali kredit ?

Kredit adalah kepercayaan. Satu kepercayaan yang diberikan oleh individu kepada individu yang lain dalam melakukan transaksi. Contoh terdekat yang paling hampir dengan kita, kad kredit. Seseorang boleh berbelanja apa sahaja menggunakan kad kredit selagi ianya berstatus aktif.

Namun, dalam keasyikan menggunakan kredit, sedar atau tidak ia mampu melalaikan dan menggoda kita untuk sentiasa melakukan transaksi. Walaupun ianya memberi kemudahan kepada masyarakat, sekiranya tidak dimanfaatkan sebaik mungkin akan memberi impak negatif kepada masyarakat itu sendiri. Antara yang memberi kesan kepada kita ialah :

 

1 # Berlebihan dalam berbelanja

  • Kredit menjadikan kita semakin leka berbelanja kerana sifatnya yang senang dan memudahkan setiap transaksi dilakukan. Contohnya kad kredit. Bebas dibawa ke mana sahaja tanpa memerlukan tenaga kerana fleksibel selain fizikalnya yang kecil. Tetapi ia menjadikan kita terlalu seronok untuk berbelanja kerana tidak perlu membawa tunai yang banyak untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

 

2 # Gagal bayar balik hutang

  • Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut. Itu perkara paling penting jika kita berhutang dengan sesiapa sahaja melainkan pemiutang sendiri yang merelakan hutang tersebut.
  • Dalam transaksi, kredit bererti kita bersetuju untuk membeli dengan berhutang terlebih dahulu manakala bayaran pada lain masa. Yang menjadi masalah apabila kegagalan membayar balik pinjaman. Ini boleh menyebabkan kehilangan pendapatan kepada seseorang.

 

3 # Tidak meningkatkan jumlah daya beli

  • Kredit tidak meningkatkan jumlah daya beli individu. Jadi tidak ada pulangan yang bakal diterima oleh individu apabila menggunakannya. Berbeza dengan matawang pada zaman dahulu, jumlah daya beli jauh lebih banyak berbanding hari ini. Contohnya nilai RM10 sekarang tidak sama dengan nilai dahulu yang boleh beli perlbagai barangan.

Setiap perkara pasti ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Begitu juga kredit. Masyarakat yang seharusnya bijak menguruskan kemudahan yang telah diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.