5 Kesalahan Diri Sendiri

Semua orang pasti melakukan kesilapan dalam setiap apa yang mereka lakukan.

Kesalahan boleh jadi dari diri sendiri atau pengaruh sekeliling bergantung pada penerimaan seseorang.

Kesalahan mendidik seseorang menjadi lebih baik.

Dalam perkongsian ini, kita tengok apa yang menjadi permasalahan individu mengenai kewangan. Mengapa ini boleh terjadi.

Kesalahan 1 : Suka Beralasan

Ramai beranggapan masih awal untuk memikirkan kewangan yang sihat dan menjamin kesejahteraan berpanjangan. Mereka menggunakan alasan seperti “masih muda, tak perlu ada simpanan lagi”, “banyak masa lagi”, “kahwin pun belum, mungkin selepas berkahwin”, apabila dah berkahwin, “lambat lagi, anak-anak pun kecil lagi” dan bermacam-macam alasan yang ada. Orang yang suka beralasan seperti ini kelihatan tiada arah tuju hidup kerana terlalu selesa dengan kehidupannya. Sering merasa keadaan diri sudah memadai dan tiada sifat untuk berubah ke arah lebih baik.

Jangan jadikan alasan sebagai penghalang untuk anda memulakan gerak langkah mencipta kewangan sendiri sehingga berjaya. Rancang kewangan sebaiknya kerana masa tidak menunggu anda tua.

Kesalahan 2 : Gagal capai matlamat

Setiap individu mempunyai matlamat kewangan yang berbeza. Matlamat adalah garis panduan seseorang untuk merancang kewangan mereka. Matlamat kewangan anda hendaklah dicatat supaya ia kekal dan tidak hanya catatan semata-mata. Aplikasikan dalam kehidupan anda sehingga berjaya. Jika anda gagal mencapai matlamat sendiri, anda telah gagal dalam sistem kewangan yang anda bina kerana ianya bermula dengan diri anda sendiri. Anda mampu mengubah kewangan sendiri.

Jadi setkan matlamat kewangan dari sekarang sebelum terlambat. Contohnya target untuk membeli rumah secara tunai dalam masa 7 tahun.  Catat apa yang mesti anda lakukan untuk capai rumah idaman tersebut.

Kesalahan 3 : Tidak berdisiplin

Disiplin kewangan merangkumi perbelanjaan seharian. Tidak dinafikan dunia serba moden sememangnya nafsu berbelanja sangat kuat. Pengaruh dari benda-benda tak perlu mengakibatkan kita tidak dapat menolak. Contohnya pengaruh media seperti jualan online, mudah sangat terpengaruh dan membelinya. Lebih-lebih lagi mengunakan sistem online banking, semua hanya di hujung jari dan selesai pembelian. Ia sangatlah mudah untuk digunakan dan jika tidak dikawal, akan memberi kesan kepada kewangan kita semua. Begitu juga jualan murah, ajakan rakan-rakan dan seumpama dengannya.

Letakkan disiplin diri sebagai tunjang dalam kehidupan barulah apa-apa godaan sekalipun kita tidak mudah terpengaruh. Jangan terlalu mengikut kehendak hati yang tidak pernah puas. Disiplin diri membentuk seseorang lebih positif.

Kesalahan 4 : Tidak merancang

Rancang untuk masa depan sangat penting. Amat rugi bagi sesiapa yang tidak merancang untuk hari-hari mendatang kerana kita tidak tahu apa akan jadi kepada kita semua. Anda gagal dalam menguruskan kewangan bukan kerana anda tidak mampu tetapi tidak merancang dengan baik. Anda boleh merancang dengan takaful iaitu langkah jaminan untuk anda dan juga keluarga. Istimewanya takaful kerana melindungi keluarga anda juga. Mula merancang kewangan sekarang, jangan sampai menyesal kemudian hari.

Kesalahan 5 : Salah dalam tindakan

Semua orang nak jimat dalam pengeluaran duit. Tapi, jangan terburu-buru membuat keputusan. Anda salah apabila tidak mampu menguruskannya tetapi tidak ingin menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah yang disediakan dan enggan memanfaatkannya kerana hendak berjimat semata-mata. Anda lebih sanggup dipergunakan skim cepat kaya berbanding yang jelas bertauliah. Akhirnya anda ditipu, duit lesap.

Sekali anda salah, susah untuk mulakannya balik tapi bukan bermaksud anda tidak boleh. Pegang kata-kata ini,

“Saya tewas dalam hampir 300 perlawanan bola keranjang. 26 kali saya diberi kepercayaan bagi melakukan jaringan kemenangan tetapi semuanya gagal. Saya pernah gagal berkali-kali dalam kerjaya saya dan itu sebabnya saya berjaya sekarang” – Michael Jordan.

Walaupun kita pernah gagal, jangan jadikan ia alasan untuk tidak lagi bina kewangan sendiri demi masa depan yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.