Negatif Pembunuh Diri ?

Negatif “Pembunuh Diri” ?

Ramai yang tak sedar berfikir secara negatif mengakibatkan ketidaktumbuhan pemikiran

Berfikir adalah satu cara untuk membuka minda dengan segala idea yang melibatkan sesuatu perkara.

Tatkala berfikir secara positif tentang sesuatu perkara itu akan diselangi juga dengan suatu pemikiran yang negatif secara semulajadi. Itu adalah melibatkan risiko yang berkemungkinan untuk memadamkan sesuatu pemikiran yang kreatif.

Benar ke negatif boleh jadi “pembunuh diri?”

Ya, ini kerana segala yang di setkan melalui minda secara positif akan menjadi kucar-kacir apabila masuknya negatif secara fikir yang akan mengubah situasi sesuatu perkara tersebut.

Dalam konteks kewangan, kita cuba memilih penyimpanan wang. Kita disarankan kena berfikiran secara positif walau apapun yang terjadi dan berlaku, ini kerana kita memerlukan sokongan moral dan haruslah matang dalam sesuatu sebelum memulakan suatu perkara.

Sekiranya kita dalam matlamat ingin mencapai kejayaan kewangan , janganlah sering memikirkan risiko yang bakal terjadi apabila membuat suatu penyimpanan. Kerana itu bakal merisaukan lagi pemikiran kita dan secara automatik ia akan berubah kotor dengan sifat negatif.

Ketika melakukan penyimpan wang, akal kita akan terganggu dengan persekitaran. Dan dari situlah terjadi keluarnya aliran tunai mengikut nafsu akibat ajakan sekeliling. Maka jangan sesekali mengendahkan tujuan sebenar kita agar tidak tersasar.

Sentiasa terasa mewah setiap hari juga tidak elok juga, kerana perangai seperti itu bakal menyusutkan lagi pendapatan yang sedia ada sikit demi sikit akibat boros dengan pelbagai perkara-perkara yang lebih dari kemamuan diri.

Sifat yang kedekut juga adalah suatu perkara negatif yang sering dilakukan individu tanpa sedar. Selalunya sifat sebegini sering selari bersama riak.

Jangan sesekali menggunakan wang di tempat atau cara yang salah, sebagai contohnya berjudi, membeli barangan terlarang atau apa-apa yang haram. Kerana tidak akan ada keberkatan yang diperoleh sekiranya kita terjebak dalam perkara sebegitu.

Secara jujurnya memang agak payah untuk mengekang pemikiran negatif kita sekiranya dah terlalu biasa melalukannya. Namun kita haruslah mendisiplinkan dan tegaskan diri sendiri untuk kuat dalam berpositif sentiasa dan abaikan pemikiran yang negatif yang sepatutnya tidak wujud dalam kamus minda kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.