Insurans atau Takaful ?

Tahukah anda apa itu insurans dan takaful?

Majoriti masyarakat kita mengenali insurans tetapi kurang mengenali takaful padahal ia sangat berkait rapat. Kedua-dua produk ini merupakan perlindungan yang diwujudkan untuk mengurangkan beban kita semua. Namun malang sekali kerana tidak ramai yang menyedarinya.

Masyarakat sekarang masih tidak dapat bezakan antara insurans dan takaful. Kedua-duanya mungkin sama pada maksud tetapi tidak pada konsep. Disini saya kongsikan penerangan tentangnya.

– Insurans

Insurans adalah satu bentuk pengurusan risiko yang memberi jaminan di atas kerugian kewangan. Ia bertindak memindahkan risiko daripada seorang individu kepada syarikat insurans. Individu boleh jadi anda atau organisasi seperti syarikat dan sebagainya. Individu (anda) dan syarikat akan dikenali sebagai pemegang polisi. Individu (anda) akan membayar kepada syarikat insurans dalam bentuk premium. Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan, pemegang polisi akan menerima bayaran dari syarikat insurans. Penting untuk penegasan di sini bahawa insurans amat mementingkan keuntungan yang diterima dan ianya tidak mengikut Shariah Islam kerana mempunyai unsur-unsur yang tidak dibenarkan.

– Takaful

  • Takaful merupakan pelan perlindungan yang berpandukan Shariah Islam. Dalam takaful, pemegang polisi (individu dan syarikat) akan mencarum dana menggunakan konsep tabarru’ (derma) dan ta’awun (tolong-menolong). Melalui konsep tersebut, pemegang polisi bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain jika pemegang polisi mengalami kerugian mengikut garis panduan yang ditetapkan.
  • Insurans dan takaful mempraktikkan prinsip yang sama seperti pemegang polisi mestilah memiliki pemilikan yang sah terhadap barang yang dicarum. Pemegang polisi akan menanggung kerugian kewangan seandainya berlaku kerosakan kepada harta tersebut.
  • Untuk melindungi harta, anda tidak perlu membeli banyak pelan kerana anda hanya boleh menuntut satu tuntutan sahaja di atas kerugian yang berlaku. Jumlah yang akan diterima apabila berlaku kerugian akan dibayar oleh syarikat insurans atau takaful dan pemegang polisi tidak boleh meraih sebarang keuntungan daripada polisi tersebut. Sekiranya berlaku kerugian, pemegang polisi akan diberi pampasan yang sewajarnya.

Oleh itu, anda mestilah bijak dalam melakukan pemilihan bagi melindungi diri sendiri. Saya yakin semua telah sedia maklum tentang kewajipan dalam melakukan setiap apa jua tindakan hendaklah berpandukan garis panduan Islam yang telah ditetapkan seperti tertulis di dalam al-quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.