Kenapa individu perlukan takaful

Setiap orang ada komitmen dan tanggungjawab masing-masing. Jika difikirkan, tidakkah anda ingin meninggalkan sesuatu untuk orang tersayang ? Atau sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya, bagaimana dengan tanggungjawab dan komitmen yang ada sekarang ?

Dalam takaful, anda boleh melakukan hibah buat orang tersayang sebagai hadiah untuk mereka setelah kita tiada nanti. Hibah takaful ialah akad pemberian berbentuk harta tunai yang diberikan kepada sesiapa sahaja dengan penuh kasih sayang sepanjang tempoh hidupnya. Kebiasaan bagi pasangan mereka akan memberi hibah takaful kepada isteri atau ibubapa.

Kenapa perlunya takaful ?

Segala pendapatan bulanan anda akan disalurkan untuk keperluan yang telah disenaraikan seperti di bawah :

Sewa rumah

Sesetengah individu belum berkemampuan untuk membeli rumah sendiri. Jdi komitmen bulanan untuk bayaran sewa rumah harus diagihkan terlebih dahulu dari jumlah pendapatan bulanan.

Yuran sekolah anak-anak

Bagi yang mempunyai anak-anak bersekolah, anda mempunyai komitmen bayaran seperti yuran tahunan, buku-buku, yuran pengangkutan sekiranya tidak dapat hantar anak-anak ke sekolah sendiri.

Pinjaman pengangkutan

Pengangkutan adalah keperluan wajib setiap individu untuk bergerak. Ada yang hanya menggunakan motorsikal, kereta, van, lori dan sebagainya sebagai keperluan bekerja.

Perbelanjaan harian

Perbelanjaan harian seperti belanja anak-anak ke sekolah, minyak pengankutan dan sebagainya harus diambil kira kerana melibatkan pendapatan individu.

Barang dapur

Keperluan dapur juga perlu dipenuhi seperti barang basah (ayam, daging, ikan), biskut, susu, minyak masak, beras dan lain-lain.

Utiliti

Sekiranya berlaku kerosakan, anda perlu mengasingkan pendapatan untuk membaikinya seperti paip bocor, kipas atau lampu rosak dan sebagainya.

Pinjaman pendidikan

Sekiranya kita tergolong dalam peminjam semasa menyambung pelajaran, pastinya ada komitmen dalam melangsaikan hutang tersebut seperti PTPTN, pinjaman negeri dan sebagainya.

Nafkah isteri dan anak-anak

Bagi yang sudah berkeluarga, nafkah isteri dan anak-anak adalah kewajipan yang perlu dipenuhi tanpa sebarang alasan.

Bagaimana sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal secara tiba-tiba ? Sedangkan isteri dan anak-anak hanya bergantung kepada kita sebagai ketua keluarga.

Perkara ini sangat penting dalam pengurusan kewangan individu kerana kemungkinan-kemungkinan yang ada.

Dengan takaful, segala keperluan di atas akan diuruskan oleh penerima hibah kerana mereka akan menerima hibah melalui takaful yang anda lakukan. Apabila sesuatu berlaku kepada pemilik takaful seperti kematian dan lain-lain sebab yang menjadikan hilang sumber pendapatan, hibah akan diserahkan kepada penerima yang telah disenaraikan. Sedikit sebanyak ia membantu ahli keluarga meneruskan kehidupan normal seperti biasa tanpa terbeban dengan masalah kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.