Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Medical Card

Ramai yang tidak tahu keperluan medical card pada hari ini

Kad perubatan atau lebih dikenali sebagai medical card adalah sejenis kad yang memberi kemudahan kepada pemegang polisi untuk menerima rawatan apabila berlaku kes-kes yang melibatkan kesihatan yang melibatkan kemasukan wad. Medical card akan melindungi anda dengan plan yang telah dipersetujui. Keistimewaannya ialah dapat menerima rawatan di hospital swasta tanpa bayaran apabila anda mempunyai medical card yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Ikuti perkongsian saya pada kali ini mengenai medical card secara lebih lanjut. Bagaimana cara untuk memilih medical card yang betul atau sesuai? Sebenarnya wujud ke medical card yang bagus? Apa yang anda kena tahu mengenai medical card? Fahami “ 5 JENIS “ di bawah.

– Jenis Perlindungan

Pastikan anda periksa jenis perlindungan medical card yang bakal diambil samada tahunan atau seumur hidup. Anda perlu tahu bezakan kerana ia mempengaruhi faedah yang bakal anda dapat.

Contoh perlindungan tahunan ialah anda mendapat perlindungan sebanyak RM100,000 setahun. Apabila anda mempunyai masalah kesihatan dan terpaksa masuk wad tetapi perlindungan anda telah habis digunakan maka anda terpaksa menampung pembiayaan selebihnya menggunakan biaya sendiri kerana telah mencapai had perlindungan setahun.

Perlindungan seumur hidup bermaksud melindungi anda sepanjang hayat. Sesetengah syarikat takaful mengenakan had dalam perlindungan apabila terlalu banyak claim yang dikeluarkan seperti sakit kritikal yang memerlukan perbelanjaan yang terlalu banyak .

– Jenis Ko-Takaful

Ko-Takaful adalah ikatan perjanjian yang dibuat antara pemegang polisi dan syarikat takaful. Ia lebih kepada perkongsian bersama segala bayaran yang dikenakan oleh hospital kepada anda. Terdapat dua jenis ko-takaful iaitu mempunyai had bayaran atau sepenuhnya dibayar oleh syarikat takaful. Seetengah medical card, untuk mendapatkan bayaran sepenuhnya anda harus mengeluarkan sedikit tunai sebagai deposit dalam jumlah tertentu dan seterusnya pihak takaful akan membayar bil hospital sepenuhnya. Sebagai contoh Ali ditahan di wad selama seminggu dan bil mencecah RM1000 jadi Ali harus membayar 10% untuk ko-takaful iaitu RM100. Syarikat takaful mengenakan bayaran ini sebagai jaminan risiko antara anda dan syarikat takaful.                                                                                                                                  

– Jenis Pembaharuan (Renewal)

Pembaharuan medical card terbahagi kepada dua kategori iaitu “guaranteed renewal” dan “yearly renewal”. Guaranteed renewal lebih terjamin dan paling disyorkan kerana syarikat takaful tidak boleh sesuka hati membuat tindakan seperti mengenakan cas atau menamatkan kontrak. Melainkan anda sendiri buat hal apabila tidak bayar atau had perlindungan sudah habis. Tetapi anda tidak perlu risau walaupun mendapatkan bayaran untuk penyakit yang sama kerana tidak akan ada dikenakan cas misteri.

Yearly renewal pula bergantung kepada penggunaan tahunan. Contohnya jika banyak claim yang digunakan tahun ini, akan dikenakan bayaran tambahan atau syarat pengecualian yang berkemungkinan anda hilang faedah dari medical card. Hal ini akan merumitkan untuk mendapatkan medical card dari syarikat lain. Sebab itu sebelum mengambil medical card, dengar penjelasan dari ejen dengan teliti supaya tidak membuat keputusan yang salah.

– Jenis Harga Hospital atau Wad

Tempat juga penting kerana anda yang akan masuk ke wad tersebut. Purata harga, kesesuaian tempat dan jarak dengan tempat tinggal anda merupakan peranan penting. Contoh harga satu bilik di shah alam RM300 sehari. Adakah ia relevan untuk tempoh masa yang panjang kerana anda akan dilindungi dalam tempoh yang lama. Kita tidak dapat ramal bagaimana ekonomi negara dalam tempoh berpuluh-puluh tahun akan datang.

– Jenis Polisi

Pastikan polisi anda adalah tetap atau boleh ubah kerana ia akan mempengaruhi keistimewaan yang anda bakal dapat. Ada syarikat yang membenarkan untuk menarik balik produk takaful mereka walaupun menjanjikan jaminan yang kukuh. Ini kerana mereka terpaksa menanggung claim yang terlalu banyak. Bagi mengelakkan kerugian, akan ada polisi yang berubah dengan memberi notis untuk tempoh masa yang tertentu.

Pastikan anda begitu teliti dalam membuat keputusan kerana ramai yang terpengaruh dengan ejen yang pandai memujuk rayu anda dan akhirnya mengambil medical card tanpa berfikir panjang dan penyelidikan yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published.