
Apa sebenarnya yang dikatakan sebagai kebebasan kewangan? Kita nak kaya? Duit lebih sentiasa?. Secara jujur, masih ramai yang keliru dengan definisi sebenar apa itu kebebasan dalam kewangan diri.
Kebebasan Kewangan membawa erti kita mempunyai pendapatan pasif yang melebihi jumlah perbelanjaan setiap bulan. Sekiranya kita bergaji RM2000 dan segala komitmen dan perbelanjaan melangkau RM1500 sahaja, kita memperoleh bakinya dan disitulah kita boleh dikira bebas. Untuk melebihkan lagi pendapatan pasif kita boleh membuat kerja-kerja sampingan untuk memperoleh untung yang lebih tinggi dan peroleh kebebasan dengan gaya hidup yang kita mahukan.

Bebas Dari Segala Hutang
- Hutang yang membebankan akan menghalang seseorang itu mencapai kebebasan dalam kewangan, ini kerana setiap aliran tunai yang dikeluarkan akan memberi kesan pada setiap simpanan ataupun perbelanjaan harian. Jika hutang telah dapat diselesaikan, ia adalah kelebihan dan memudahkan seseorang itu menguruskan kewangan yang selebihnya.
Harus Mempunyai Pendapatan Sampingan Yang Lebih
- Untuk mencapai kebebasan kewangan yang stabil, kita diharus melakukan pekerjaan tambahan tak kira apa jua asalkan ianya dibenarkan di sisi islam. Pendapatan lebihan dari setiap kerja yang kita lakukan akan membantu serba sedikit pendapatan yang sedia ada dan menambahkan lagi simpanan dan duit poket lalu mengukuhkan kestabilan hidup sekiranya berlaku pemberhentian kerja secara tetap ataupun sebaliknya. Ia tetap memberi faedah sebagai satu alternatif yang berguna untuk dilakukan.
Siap Sedia Dengan Berhadapan Dengan “T.I.M.E”
– T.I.M.E yang dimaksudkan disini adalah merupakan singkatan untuk beberapa point penting yang harus dilakukan oleh individu bagi mencapai kebebasan berkewangan iaitu :-
- T membawa maksud “Tenaga” – Seseorang itu haruslah mengerahkan tenaga yang sebaiknya bagi mencapai kebebasan kewangan kerana bekerja dengan keras dan tumpu sebaik mungkin pada pekerjaan akan membawakan hasil yang berkesan setiap bulan dan itu akan menambahkan lagi pendapatan yang sedia ada selain membuat penambahan pekerjaan sebagai sampingan.
- I membawa maksud “Ilmu Pengetahuan” – Tanpa ilmu yang secukupnya dalam pengurusan membabitkan kewangan, seseorang itu akan sering dilanda kegagalan akibat sukar untuk mengawal dan merancang kewangan diri akibat inflasi kewangan yang tidak stabil mengikut ekonomi semasa. Dengan mengetahui cara yang betul untuk mengatasinya, individu itu akan tahu mengekang permasalahannya.
- M membawa maksud “Masa Untuk Diri” – Masa merupakan faktor terpenting dalam pengurusan kewangan. Ini kerana kita harus melalui fasa pembelajaran dengan mengenal definisi sebenar dan wajib memahami setiap langkah-langkahnya, selain itu masa untuk bekerja juga mesti di ambil kira iaitu melibatkan bekerja secara tetap mahupun melakukan pekerjaan tambahan demi menambahkan lagi pendapatan. Dan jangan dilupa masa untuk dekatkan diri kepada Tuhan serta rehatkan diri daripada segala masalah.
- E membawa maksud “Emosi” – Untuk melakukan semua perkara ini selalunya akan menggangu sedikit emosi akibat keletihan dari segi fizikal mahupun mental. Oleh itu, seseorang itu haruslah siap sedia kuatkan mental dan fizikal agar dapat mengharungi permasalahan emosi ini. Sekiranya gagal, kita akan berasa give up , tidak bersemangat dan mudah untuk berasa putus asa. Disebabkan itu, kita mestilah bersedia lebih awal untuk mengekang permasalahan emosi ini.