
Rumah yang kita duduki selalunya difikirkan orang sekadar rumah persendirian ataupun wasiat dari keluarga. Namun sebenarnya ramai orang membuat penyewaan harta seperti rumah ataupun bilik kerana ianya membalikkan untung yang berbaloi setiap bulan mengikut jenis dan kondisi hartanah tersebut.
Maka, artikel ini khas buat mereka yang mempunyai hartanah seperti rumah yang di duduki seorang diri ataupun bilik kosong yang tiada penyewa ataupun membeli hartanah hanya untuk menambah aset dan tidak tahu cara memulakan pelaburan hartanah serta bagaimana cara membuat duit dengannya.
Tahukah anda, bahawa dengan menyewakan rumah ataupun bilik kosong yang sedia ada sedikit sebanyak menambahkan pendapatan kita selain bekerja makan gaji ataupun berniaga.
Ramai yang tidak menahu teknik yang sebetulnya untuk menjana pendapatan melalui hartanah ini, jadi saya sharekan beberapa tips yang berkesan untuk mereka membuat duit dengan menggunakan hartanah sedia ada.

1. Perlu Tahu Cara Pengurusan Rental Secara Sendiri/Ejen
– Perkara yang penting adalah kita harus tahu cara menguruskan sewaan rumah/bilik kita terlebih dahulu. Sekiranya kita tidak berani membuat sewaan secara sendiri, kita boleh mengupah melalui ejen hartanah untuk menyewakannya dan dari situlah proses Mark-Up akan berlaku dengan penyewaan secara 2 + 1 digunakan.
2. Pastikan Lokasi Hartanah Sesuai Dengan Persekitaran
– Ramai yang sukar untuk menyewakan rumah/bilik disebabkan persekitaran yang tiada kemudahan asas seperti stesen bas, kedai , jalan besar dan sebagainya. Kerana penyewa kebanyakkan menyukai kawasan yang membangun dengan ada infrastruktur agar senang melakukan pelbagai urusan harian.
3. Wajib Tahu Kondisi Rumah Terlebih Dahulu
– Penyewaan rumah/bilik berbeza harga sewaannya kerana melibatkan kondisi rumah/bilik samada ianya kosong / Partially Furnished ataupun Fully Furnished. Harga sewaan haruslah relevan mengikut kondisi antara 3 jenis tadi kerana kebanyakkan bakal penyewa inginkan yang murah dan penuh dengan perabot. Namun pemilik haruslah bijak menawarkan harga yang berpatutan agar persetujuan antara bersama tercapai.
4. Iklankan di Media Sosial/Aplikasi Jualan
– Sekiranya kita hendak menyewakan secara sendiri, haruslah mempunyai gambar tentang hartanah yang hendak disewakan. Gambar yang jelas dan details yang senang difahami akan memudahkan bakal penyewa untuk lebih menghubungi pemilik secara dalam talian.
5. Cari Penyewa Yang Ingin Duduk Lama
– Kelebihan cara ini adalah memastikan pendapatan yang diterima pemilik adalah konsisten dan stabil pada setiap bulan. Namun sebagai pemilik, pasti akan ada sedikit permasalahan yang mungkin berlaku sekiranya penyewa sudah menduduki lama rumah/bilik berkenaan.
6. Pendapatan Yang DiTerima Boleh di Gunakan Untuk Perkara Lain
– Hasil pungutan sewaan rumah/bilik adalah satu penambahan kewangan diri dan pastinya duit tersebut selalunya disimpan ataupun digunakan untuk keperluan asas lain tanpa menyentuh aliran tunai yang sedia ada.
7. Mesti Bersedia Sekiranya Terjadi Segala Kerosakkan
– Itu pentingnya ada deposit sebelum kemasukan penyewa, kerana ianya dapat menanggung kos kerugian yang dibuat oleh penyewa. Sekiranya ia berlaku bukan atas kesalahan penyewa, pemilik haruslah bertanggungjawab untuk membaikinya semula.
8. Catitkan Segala Transaksi Penyewaan
– Perkara ini nampak meremehkan, namun ianya bagus untuk tahu setiap transaksi dapat dibayar dengan sempurna setiap bulan secara konsisten. Agar kita dapat membuat kira-kira purata tahunan dengan margin yang bersih.
RUMUSAN
Sebenarnya banyak lagi cara yang ada boleh dipraktikkan, namun apa yang tertulis dalam artikel ini merupakan asas yang perlu difahami bagi pemilik yang tidak tahu untuk memulakan pelaburan seperti ini.
Tapi setiap pelaburan yang kita lakukan pasti ada risiko tersendiri, jadi digalakkanlah kita supaya mencari ilmu terlebih dahulu agar dapat mengekang permasalahan sebaiknya yang wujud kelak.