
Walaupun bukan semua layak menerima zakat, terdapat kategori yang sememangnya tidak layak untuk menerima zakat. Ini kerana zakat tujuannya adalah untuk membantu membersihkan harta para Muslim serata dunia sejak zaman Rasulullah saw.
Golongan 1 # Bani Hashim
Bani Hashim merupakan Nabi dan kaum kerabatnya. Baginda dan keluarganya terlalu mulia untuk menerima zakat kerana zakat ini adalah penyucian harta orang Islam.
Golongan 2 # Orang Kaya
Orang kaya bermaksud mempunyai harta yang banyak dan harta yang ada tidak pernah habis walaupun digunakan sepanjang zaman.
Golongan 3 # Orang yang kuat fizikalnya
Seseorang yang kuat, gagah, sempurna sifat fizikalnya dan memperoleh pendapatan yang cukup untuk tanggungannya tidak layak menerima zakat kerana mereka mampu untuk mencari penghasilan sendiri dengan fizikal sebegitu.
Golongan 4 # Orang yang menerima nafkah
Individu yang menerima nafkah samada isteri yang menerima nafkah dari suami atau seumpama dengannya.
Golongan 5 # Kanak-kanak
Kanak-kanak tidak layak menerima zakat kerana mempunyai orang yang menanggung mereka seperti ibubapa atau ahli keluarga yang lain.
Golongan 6 # Bukan Islam (Kafir)
Individu bukan Islam tidak tergolong untuk menerima zakat kerana zakat hanya untuk Muslim sahaja. Sekiranya sesebuah negara mempunyai penduduk bukan Muslim mereka tidak perlu membayar zakat jika berada dalam kategori layak.
Penting untuk kita maklum mengenai perkara ini kerana sesetengah individu mungkin merasakan mereka layak menerima zakat atas faktor-faktor tertentu tetapi sebaliknya tidak. Kenalpasti diri anda, adakah layak atau tidak untuk menerima zakat.