
Banyak kesan yang positif mampu diterima oleh diri kita serta keluarga setelah dilindungi dengan perlindungan risiko Takaful yang bersifat islamik ini.
Kesan terhadap setiap pemegang polisi adalah berbeza dan tertakluk dengan pelan apa yang diambil samada Takaful Am ataupun Takaful Keluarga.
Secara asasnya, faedah yang bakal kita terima daripada takaful juga banyak menyumbang kesenangan setelah kita ditimpa musibah antaranya kemalangan, kehilangan harta benda, kerosakan kenderaan, mengalami sakit yang kritikal mahupun kematian.
Untuk menerima segala faedah ini pemegang polisi harus mempunyai pengetahuan serba sedikit tentangnya agar tidak mengalami kekeliruan akibat kesalahan info ataupun tidak memahami syarat.

Antara kesan yang positif bakal diterima oleh pemegang polisi seperti :
i – Pembayaran bil hospital menjadi lebih senang dengan adanya Takaful kerana segala kos rawatan akibat sakit kritikal mahupun kemalangan diri ditanggung sepenuhnya oleh pihak takaful dan kita tidak perlu menganggu duit simpanan hidup untuk digunakan.
ii – Pampasan bakal diterima oleh pemegang polisi sekira terjadinya perkara yang tidak diingini seperti cacat fizikal, kemalangan yang menyebabkan parah dan kritikal ataupun kematian. Sekiranya berlaku kematian, waris keluarga berhak menerima pampasan tersebut.
iii – Memudahkan serta melindungi urusan seseorang sekiranya berlaku kemalangan membabitkan kenderaan.
iv – Mendapat faedah yang setimpal ke atas risiko yang berlaku terhadap diri.
v – Memberi manfaat terhadap pendidikan anak-anak.
Kita harus sedar bahawa memahami konsep takaful dengan sebaiknya dan mengerti kebaikan yang bakal kita terima menjadi satu manfaat yang berguna pada masa akan datang. Tapi sejujurnya masih ramai tidak sedar dan peka terutamanya mereka yang muslim masih lagi gagal mengambil skim takaful ini sebagai satu protection diri.
Kita tidak akan tahu musibah boleh datang bila-bila masa sahaja dan sekiranya kita gagal mencarum takaful dengan tidak mengambil perlindungan risiko. Kita akan mendapat permasalahan dari segi kewangan diri dan mencacatkan struktur aliran tunai seharian kita.