Kenali 5 Pelaburan di Malaysia

Pelaburan merupakan salah satu sumber pendapatan individu.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi sebelum anda membuat keputusan terburu-buru eloknya berkenalan dahulu. Pilih pasangan pun kita saling mengenali antara satu sama lain inikan pula pelaburan yang memerlukan anda mengeluarkan modal untuk dilaburkan. Biasanya manusia memang sangat berkira-kira kalau bab duit.

Banyak pelaburan di Malaysia yang anda boleh pilih untuk perlahan-lahan menceburi bidang ini. Antaranya ialah:

Image result for adakah sama pelaburan tunai tetap dengan deposit tunai
Sesetengah individu tidak menggemari menggunakan tunai dalam transaksi.

1 # Pelaburan Tunai Tetap

Pelaburan tunai tetap adalah antara pelaburan paling selamat kerana mempunyai risiko yang rendah. Contoh terdekat ialah akaun simpanan tetap (fixed deposit). Ia berisiko rendah kerana modal asalnya yang tidak berubah atau berkemungkinan berubah sedikit dan pulangannya adalah lebih baik. Contohnya Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Pelaburan tunai tetap memang selamat untuk melabur tetapi pulangannya yang tidak besar membuatkan ia tak mampu menandingi inflasi. Ia hanya sekadar simpanan yang boleh digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti SSPN dapat menampung kos sambung belajar.

2 # Unit Amanah (unit trust)

Pelaburan ini melibatkan tiga kategori iaitu individu (pelabur), pengurus dana dan pemegang amanah. Pelabur adalah anda yang mengeluarkan modal dalam jumlah tertentu. Pengurus dana adalah orang yang menguruskan dana bagi pelaburan yang anda lakukan mengikut tujuan yang ditetapkan. Pemegang amanah pula bertanggungjawab memastikan modal yang dikeluarkan oleh pelabur diuruskan dengan baik oleh pengurus dana.

Dalam unit amanah, anda tidak perlu risau kerana semua aktiviti pelaburan akan dibantu. Anda hanya mengeluarkan modal yang rendah dan semestinya akan dikenakan bayaran yang tertentu di atas pengurusan tersebut. Kebiasaannya ia boleh menjejaskan keuntungan yang sepatutnya anda dapat. Banyak badan yang menawarkan unit amanah dan antara yang popular ialah Kenanga Syariah Growth Fund.

Sedikit nasihat apabila melabur di dalam unit amanah ialah anda harus pastikan dana yang dipilih sesuai dengan toleransi risiko diri anda, objektif pelaburan mesti jelas difahami dan sentiasa pantau dana melalui perbandingan naik turun harga.

Image result for saham

3 # Pasaran Saham

Saham ialah berkongsi hak milik dalam sebuah syarikat. Syarikat boleh menjual saham mereka untuk mendapatkan wang tetapi kebiasaan yang dibuat ialah menjual saham pemilikan. Maksudnya individu yang membeli saham syarikat itu akan mendapat pemilikan terhadap syarikat tersebut berdasarkan peratus yang dilabur.

Untuk penglibatan dalam pelaburan saham, anda mestilah yakin dengan perniagaan tersebut dan mengharapkan syarikat terus berkembang untuk menjana keuntungan.

Tetapi ada juga yang terlibat dalam pasaran saham sebagai spekulator iaitu hanya melabur untuk keuntungan semata-mata tanpa mengetahui perniagaan yang dijalankan. Langsung tidak tahu perniagaan apa yang dijalankan, bagaimana carta alir kewangan dan sebagainya.

Sedikit peringatan jika anda seorang yang beremosi tidak digalakkan untuk melabur dalam pasaran saham kerana harga tidak menentu, boleh jadi naik atau turun dengan mendadak.

Image result for rumah dan tanah kartun

4 # Hartanah Fizikal

Hartanah fizikal adalah melibatkan pelaburan yang kita nampak. Contoh hartanah fizikal seperti :

– anda membeli tanah atau rumah dan jual, atau

– anda membeli tanah atau rumah dan bagi sewa pada orang lain, atau

– boleh jadi juga anda beli tanah atau rumah dan usahakannya sendiri atau memberi upah kepada seseorang untuk mengusahakannya.

Pelaburan hartanah fizikal hanya melibatkan harta yang wujud dengan nyata seperti rumah yang telah siap dibina, tanah yang telah tersedia dan seumpama dengannya. Pelaburan hartanah adalah antara pelaburan yang menarik minat ramai pelabur kerana hartanah merupakan keperluan manusia.

5 # Exchange Traded Fund

Konsep yang digunakan lebih kurang sama dengan unit amanah (unit trust) iaitu dana dari pelabur diuruskan oleh pengurus dana yang bertauliah. Namun terdapat sedikit perbezaan kerana ia dijual melalui Bursa Malaysia jadi lebih berkonsepkan jual beli saham.

Exchange Traded Fund (ETF) istimewa berbanding unit amanah kerana mempunyai caj yang lebih murah dan fleksibel yang tidak memerlukan agen bagi mengurusnya dan senang mendapat tempat di pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.