
Income atau pendapatan ialah sumber bagi seseorang individu untuk kelangsungan hidup. Ada yang tak perlu bersusah payah untuk mendapatkan income kerana sudah tersedia semuanya. Tetapi ada yang harus berusaha keras untuk mendapatkan income dan melalui pendapatan itulah seseorang boleh memenuhi permintaan di hati.
Namun pada peredaran zaman yang serba maju ini, masing-masing ada kemahuan dan keinginan tersendiri. Antara sebab anak muda tidak mendapat pendapatan ialah kerana :

Punca 1 : Memilih Pekerjaan
Sebagai individu yang baru sahaja menamatkan pembelajaran, anda tidak sepatutnya memilih untuk bekerja kerana pekerjaan bukan suatu yang mudah untuk dapat. Ramai di luar sana yang menginginkan pekerjaan dan pendapatan sendiri tetapi tidak berpeluang jadi apabila anda telah diberi peluang, manfaatkannya dan cuba berkhidmat sebaik mungkin. Peratus pengangguran di Malaysia semakin tinggi kerana ramai yang tidak bekerja dan berkemungkinan terlalu memilih pekerjaan.

Punca 2 : “Demand” gaji
Gaji yang ditawarkan terlalu sedikit bagi anak muda kerana baru berjinak-jinak di dalam realiti sebenar iaitu berada di industri atau alam pekerjaan. Namun itu adalah lumrah kerana masih setahun jagung dalam dunia pekerjaan. Tidak sepatutnya berlaku permintaan gaji yang tinggi kerana ia layak pada jenis pekerjaan, pengalaman dan kelebihan anda.

Punca 3 : Hutang Berpanjangan
Terlalu mengikut kemahuan dari keperluan. Kita sedia maklum bahawa anak muda memang sedang membangunkan karier masing-masing dengan cara tersendiri melalui perniagaan persendirian atau bekerja makan gaji. Walau apa pun pekerjaan anda, jangan cuba terlibat dengan hutang kerana ia memberi kesan kepada kehidupan anda. Pendapatan yang ada akan dihabiskan untuk membayar hutang dan tiada pendapatan yang stabil kerana gagal dalam perancangan kewangan.

Punca 4 : Kos sara hidup yang tinggi
Setiap hari kos sara hidup akan berubah. Setiap detik ia akan meningkat dan anak muda tidak mampu menampung perbelanjaan seharian jika tidak berusaha mendapatkan pendapatan. Pendapatan boleh dicari dengan bekerja sendirian atau secara berkumpulan antara rajin atau malas sahaja. Jangan mudah meluahkan kata-kata susah atau tak mampu selagi anda tidak berusaha mendapatkannya.
Sedarlah bahawa masa tidak menunggu anda. Bertindak sekarang sebelum menyesal dan terlambat. Anda mampu untuk mengubahnya.