
Sabda Rasullullah S.A.W,
“Hendaklah kamu mempelajari ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia separuh dari ilmu, ia akan dilupakan dan ia sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku.
-Riwayat Al Hakim & Al Baihaqi
Ilmu Faraid merupakan ilmu yang berkenaan dengan kaedah-kaedah fekah dan hisab (matematik) bertujuan untuk mengetahui habuan yang bakal diperolehi oleh setiap ahli waris dari harta peninggalan si mati.
Kita disarankan untuk belajar ilmu faraid ini agar kita mengetahui bahagian atau habuan yang bakal diperolehi dari harta peninggalan si mati atau harta pusaka.
Di dalam Al-Qur’an, cara pembahagian harta pusaka ataupun faraid adalah yang paling jelas dan terperinci. Ianya cukup jelas untuk difahami dan dibuat pengiraannya. Seseorang yang mahir dalam matematik kebiasaannya akan dapat memahaminya dan seterusnya menguasai kaedahnya dalam masa yang singkat. Pembahagian harta pusaka secara faraid merupakan pembahagian yang paling adil dan penuh hikmah.

Seeloknya janganlah kita abaikan Ilmu Faraid ini kerana ia akan merugikan sekiranya sengaja dilupakan.