Pelaksanaan Hibah : Benar ke ?

Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja samada ahli waris atau bukan. Begitu juga muslim atau bukan muslim. Semua golongan dibenarkan menerima hibah.

Banyak persoalan yang timbul tentang hibah dan pelaksanaannya. Ramai yang masih keliru tahap kesahihannya namun ia perlu dijelaskan. Ikuti beberapa kenyataan salah yang difahami oleh masyarakat sekarang mengenai hibah.

1) Hibah merupakan pengagihan selepas kematian

  • Kenyataan ini jelas salah kerana pengagihan harta selepas kematian ialah faraidh. Sedangkan pemberian dan penerimaan hibah berlaku semasa hidup. Seseorang yang ingin menghibahkan hartanya boleh berbuat demikian semasa hidup kerana ia digalakkan.
  • Pada masa yang sama hibah dapat membantu individu lain yang lebih memerlukan. Contohnya Ali telah hibahkan sebuah kereta kepada adiknya yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri. Dengan itu adiknya lebih mudah bergerak ke satu tempat dalam menjalani kehidupan seharian.

2) Hibah boleh dibatalkan pada bila-bila masa

  • Satu lagi teori yang ramai tidak tahu. Sebenarnya hibah tidak boleh dibatalkan. Apabila seseorang telah melakukan hibah kepada yang lain maka tidak dibenarkan untuk menarik balik. Melainkan jika hanya berlaku ijab dan qabul sahaja, waktu itu dibenarkan untuk berlaku pembatalan.
  • Tetapi seandainya telah berlaku ijab qabul dan melibatkan penyerahan barang, hibah tersebut tidak boleh dibatalkan kecuali hibah yang dibuat oleh bapa kepada anak-anaknya.

3) Kadar harta untuk hibah adalah terhad

  • Penting untuk makluman semua bahawa kadar harta untuk dihibahkan tidak mempunyai had tertentu. Seseorang bebas untuk menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja mengikut harta yang dimiliki. Tidak ada kadar yang khusus dalam menentukannya.

4) Tujuan hibah adalah untuk mengelak dari hukum Faraidh

  • Tidak sama sekali. Tegasnya disini pemberian hibah tidak ada kaitan dengan faraidh. Faraidh wajib dilakukan oleh ahli waris/keluarga selepas berlaku kematian. Hibah pula adalah berbentuk kasih sayang dan ketelusan hati dari pemberi.

Diharap penjelasan diatas membantu semua supaya lebih jelas tentang hibah dan tiada lagi salah faham tentangnya. Jangan jadikan perkara ini terlalu remeh sehingga kita terlepas pandang kenyataan sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.