
Sesetengah individu mempunyai keinginan untuk melakukan wasiat. Tetapi sebelum melaksanakannya mestilah memenuhi beberapa syarat terlebih dahulu.
1) Pewasiat mestilah seorang mukallaf (baligh dan berakal)
Bukan semua lapisan masyarakat dapat melakukan wasiat. Seeorang itu mestilah cukup umur dan waras pemikirannya. Kanak-kanak atau orang gila tidak boleh berwasiat dan sekiranya wasiat telah dibuat maka ia tidak sah.
2) Sukarela untuk berwasiat
Seseorang yang ingin berwasiat mestilah secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
3) Pewasiat mestilah pemilik kepada harta yang diwasiatkan
Harta yang ingin diwasiatkan mestilah hak milik pewasiat sepenuhnya. Bukan harta pinjaman atau masih mempunyai hutang tertunggak.
4) Penerima wasiat mestilah wujud semasa wasiat dijalankan
Wasiat tidak dapat dilaksanakan jika penerima tersebut misteri. Penerima wasiat mestilah jelas keberadaannya dan mempunyai bukti yang kukuh bahawa individu itu ada.
5) Kadar harta yang ingin diwasiatkan hanya 1/3
Semua mestilah maklum harta yang boleh diwasiatkan cuma 1/3 daripada keseluruhan harta seseorang. Sekiranya melebihi jumlah tersebut maka ianya tidak sah kerana Islam telah menetapkan kadar tersebut untuk berwasiat. Rasulullah saw telah bersabda di dalam satu hadis ;
Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun sudah banyak. Sesungguhnya, jika engkau tinggalkan waris dalam keadaan kaya atau cukup, lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan manusia. – Riwayat Bukhari dan Muslim