Tips Untuk Stabilkan Matlamat Kewangan

Gambar Hiasan

Setiap individu pasti menginginkan kewangan diri yang stabil dari hari ke hari. Tak kira siapa jua di dunia ini mesti inginkan duit yang banyak dalam penyimpanan masing-masing.

Ada yang diuji dengan kepayahan, dan ada juga yang diuji dengan kesenangan. Kedua-duanya mempunyai perbezaan dari segi rezeki. Kita diwajibkan bersyukur atas segala nikmat yang diberi oleh-Nya.

Maka dalam matlamat kewangan kita pula, seharusnya kita mempunyai perancangan yang teliti dan tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan agar ianya tidak menampakkan permasalahan.

Ramai yang sukar untuk stabilkan matllamat kewangan masing-masing, ini kerana ada sahaja berlaku permasalahan tatkala kewangan masih stabil tapi mereka tidak tahu cara mengekang permasalahan terbabit.

Disini saya sertakan beberapa tips untuk dapatkan kestabilan matmalat dalam kewangan diri,

kejayaan tidak datang bergolek sekiranya tidak berusaha

1. Harus Ada Perancangan Dan Pemantauan

  • Merancang dengan sebaikya adalah kunci untuk sesuatu permulaan misi. Kita harus tahu merancang dan tentukan matlamat secara spesifik, kita harus menggambarkan secara imaginasi perjalanan yang kukuh dan stabil pada masa akan datang namun wajiblah disertakan sekali dengan kesabaran, tanggungjawab, komiten dan disiplin yang tinggi bagi menegaskan agar perancangan yang dilakukan bukan sekadar main-main. Pemantauan kerap harus dilakukan sekiranya ada yang tersimpang dari landasan tujuan matlamat yang dirancang.

2. Memahami Kestabilan Kemampuan Diri

  • Terlalu nak stabilkan kewangan sampai terlupa dengan kemampuan diri. Ini harus diukur dengan betul agar kita tahu tahap sebenar kemampuan kita demi merancang masa depan, setkan segala komitmen yang harus dilangsaikan dengan teratur agar ianya tidak menjejaskan perancangan.

3. Faktor Masa Memain Peranan

  • Ini adalah amat penting dalam perjalanan perancangan yang stabil. Tanpa memahami konsep dan tempoh masa yang matang dalam setiap langkah perjalanan matlamat kita, kita sukar untuk menentukan haluan sebenar antara jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jadi jangan terlalu mengabaikan masa untuk memahami dan belajar pengetahuan serba sedikit.

4. Tabung Kecemasan

  • Permasalahan yang sering terjadi apabila perjalanan matlamat dijalankan adalah kecemasan. Maka segala matmalat akan berlakunya inflasi dan mengakibatkan pengurangan kos simpanan yang stabil. Jadi tabung kecemasan harus diwujudkan untuk menangani kes seperti ini, sekurangnya ia dapat membantu diri lari dari inflasi kewangan yang telah dirancangkan.

5. Sentiasa Redha, Tawakal Dan Berdoa Kepada-Nya

  • Sebagai seorang muslim, kita wajib percaya bahawa rezeki adalah pemberian yang tak terkira dari Allah SWT. Dalam kita merancang matlamat kewangan ini, kita harus sentiasa redha, tawakal dan sentiasalah berdoa kepadaNya agar dipermudah segala urusan dalam setiap perjalanan yang kita lalui ini agar dijauhkan permasalahan diri dan berdoalah supaya diberi kekuatan yang kuat untuk berusaha serta melalui kehidupan yang mencabar ini pada masa yang mendatang. Insha’Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.